MY STORY

MY STORY

blog archive

Popular Posts

Monday, 27 July 2015

One day can change everything...


We always have a choice,
different path lead to different future...

one day can change everything??
yes...semua orang setiap tahun mesti ada azam baru...tak kisah la ikut kalendar Islam atau masihi.
is it possible? if today kita bermalas2, esok kita dapat semngat baru or hidayah from Allah, kita berubah jadi someone better..

Im not going to share my achievement but im going to share macam mana kita bersama - sama na mengorak langkah ke langkah yang seterusnya...


FRESH GRADUATE
Harini cukup 3 minggu aku tamat pengajian semester 6 sekaligus mnjadikan aku sebagai fresh graduate...Saya sama seperti insan lain, masa dekat-dekat na final..i was thinking, lepas ni apa jadi pada aku ye... I asked my friend " weyh, aku risau la...apa na jadi ngn aku lepas ni??" n my friend replied " jadi manusia la, manusia yg berguna"  yeah...sangat kelakar... so masa na final tu walaupun hati ni risau, saya cuba tenangkan diri.. I was lucky sbb dapat SV yg mmg xlokek ilmu n sudi share experienced...dia xplan pun..dia cuma go with the flow...yeah, kalau kita percaya Allah yg beri rezeki xde apa yg perlu kita risaukan... However, aku tetap survey, baca tips & searching sikit to improve my CV... xsemua la sy dapat sharekan...tapi yes..sedikit sebanyak ada la yg sy kumpulkan n boleh share...


10 TIPS DAN NASIHAT KEPADA "FRESH GRADUATE"
Ingin saya kongsi 10 tips khas buat fresh graduate. Supaya ia memberi manfaat kepada anda semua, insyaALLAH
1. Jangan beli kereta - Elakkan membeli kereta pada dua tahun pertama bekerja kecuali kalau kerja anda melibatkan banyak travelling dan anda boleh buat "untung" daripada travelling claim. Biasa-biasakan naik pengangkutan awam waktu mula-mula kerja ni.
2. Beli Rumah Kos Rendah - Sebab baru bekerja dan gaji kecil bukanlah alasan untuk tidak membeli rumah. Boleh je beli rumah. Advantage kat sini adalah fresh graduate yang gaji kurang daripada RM2,500 boleh beli rumah low cost.
3. Educate Diri Sendiri - Saban tahun ada saja berita berkenaan peratusan fresh graduate yang bankrap yang semakin meningkat. Biasanya yang masuk dalam golongan bankrap ni adalah yang tak berilmu dan melakukan kesilapan kewangan, bukan yang bergaji kecil. Gaji besar tapi kalau bulan-bulan kebocoran sana sini dan takde saving pun no point. So educate yourself.
4. Mengambil Insurans Kesihatan (Medical Card)
Untuk fresh graduate, memadai bajet antara RM100 – RM150 untuk medical card. Bila ada plan medical card sendiri ni, secara tak langsung kita dah tak bergantung pada parents kalau berlaku apa-apa kecemasan. Cukuplah 20 tahun lebih kita susahkan mereka, dah sampai masanya untuk berdikari. Kepada yang dapat benefit medical daripada company atau kerja kerajaan, ambil plan Takaful paling murah sebagai back up. Jangan bergantung 100% pada orang lain.
5. Cuba elakkan mengambil kad kredit
Kad kredit sangat bahaya jika anda jenis tak tahu manage perbelanjaan. Ini juga akan lead ke bankrupsi. Kalau nak ambil sekalipun, ambil selepas dua tahun bekerja dan hanya gunakan bila perlu sahaja. Ambil dengan kredit limit yang rendah i.e RM5000 sahaja. Make sure langsaikan hutang kad kredit sebelum tarikh akhir. Jangan amalkan bayar minimum payment saje, nanti bunga dia akan berganda
6. Sedekah dan Zakat
Percaya yang satu ni. Setiap sedekah, zakat dan pemberian yang ikhlas dari sumber rezeki yang halal, akan Allah gandakan dengan rezeki baru. Disiplinkan diri untuk mula amalkan sejak dapat gaji pertama lagi.
7. Buka akaun Tabung Haji
Buka akaun Tabung Haji secepat mungkin. Cukupkan simpanan RM 1,300 dalam akaun dan terus buat pendaftaran haji, walaupun masih bujang dan belum berkahwin.
8. Mencari Pasangan Hidup 
Cari pasangan yang sudi naik kereta buruk sama-sama, asap hitam berkepul-kepul dan menyewa /duduk di rumah kecil-kecil sahaja dahulu. Sekufu dari sudut minda kekayaan.
9. Pekakkan Telinga
Pekakkan telinga dengan kawan-kawan yang asyik ajak melancong, minum kopi Starbucks / ngeteh malam-malam dan kutuk kita sebab tak pakai telefon berjenama mahal. Kalau kita tak cukup duit, ada dia nak bagi duit dekat kita?
10. Monitor, Revise dan Improve
Setiap perkara yang anda buat mesti ada kelebihan dan kekurangannya. Begitu juga jangka waktu ianya patut dilaksanakan. Tak boleh statik dan tiada penambahbaikan (improvement). Benda ni kena praktis, lama-lama jadi biasa. Set perancangan kewangan/bajet jangka pendek, jangka sederhana dan jangka panjang. Lepas tu kena monitor perkembangan. Mana yang ada cacat cela, cepat-cepat perbaiki. Kenalpasti peluang dan ruang untuk tingkatkan lagi sampai korang jumpa bajet yang betul-betul mantap.

Credits : Dr. Md Azree


For me,

ye, saya pilih utk amek lesen & beli kereta yg murah2..y ??Too bad sbb sy xtau naek basikal or motor...kalau x sy pilih basikal je na pergi mana2..selama ni setakat kerja sambilan ni boleh la gagah jalan kaki lagi sbb da biasa..smpai tmpat kerja pun buat kerja2 bawah kan..yes i still remember zaman kerja sambilan saya...my father is the 1st person menentang sy bekerja, sbb ya even cuti belajar pun ayah sy tetap masukkan duit belanja...ya mana dia xmenentang..sy kerja tu dasat sgat kot bg dia..ayah suruh duk rumah je..hahaha but yes, sy penah merasa cuci tandas, mop lantai, angkat kotak2, bekerja tmpat berhabuk,jual baju senang citer kerja yg biasa2 ni...but but im still happy...sbb bila dapat gaji rasa seronokkn...hasil titik peluh kau...kau dapat duit tu..so kita akan lebih menghargai susahnya nak cri duit tu...

Alhamdulillah, Allah berikan aku rezeki utk bekerja dgn cmpny yg lebih besar where sy merasa duduk bhgian HR, technician IT...technician IT?? yaa sy agak seronok duduk bhgian ni, sebab masa sy kerja dekat cc dulu... sy cuma kendalikan sistem pc kaunter je...n tutup bukak pc org na maen...so bila duk dalam cmpny yg lebih besar ni aku merasa menyelesaikan masalah2 lappy, n yes sy start join group2 pc ni..tgk n learn sumthing...n apply..sy brkenalan dgn  kawan2 yg dapat hrga kilang utk lappy..gila kau xseronok! hahaha last kali tenaga pengajar sy adalah Nash...bermula dgn sy mnx game battlefield 4, so sy singgah kedai lappy, dia akan tunjuk sy formatting, sware2, hardware...so Nash ni baik sgat orangnya, dia xpenah kdekut ilmu, sy mnx na try format sume dia suruh cuba..kalau lappy problem dia akan cter ni sbb ape ni sbb apa..

Masa sy dgn compny besar ni, I was responsible to do all the presentation, n yes sy smpan sumenya tgk perkembangn sy...bos plak na canggih2...so bnyak la sy kena blaja pasal sware..xkan na ckp xtahu...so memandgkn sy ni jenis suka redah, tau xtau blakang kira..so sy redah je la...pling kritikal adalah masa na buat website..study study n study but never finish...n sy sgat cuak ea bila kluar crdt card ni sume utk pmbyran..xtau knapa, sy akan berpeluh peluh kalau nmpak bnda yg mcm krdt card,hutang except cash..then sy okay..kalau cash senang je or debit...akhirnya...En. Shimi la jd mangsa which kawan dlm group iT, sy kol dia mnx tlg...penin jugak shimi na layan sy...ada skeali tu sy xsngaja rosakkan part yg dia da buat..shimi ckp "ape gogo da buat???shimi da buat da elok2" n I was like, "ala gogo na try je na tgk jadi apa " hohohoho 

so next step sy masuk ke bhgian R&D, which sy sgat happy sbb sblum tu bos xde kpecayaan pun na letak sy bhgian tu...tapi xletih bdan..tp letih otak ok...i need to read a lot, cari jurnal, kena paham2 btul2 reaction semua...

balik pada kisah kereta tadi, kalau da masuk cmpny besar2...so na xna sy kena beli kereta murah2 mudahkan sy bergerak...memandangkan sy mmg kumpul duit dari zaman skolah..jadi Insyaallah xde masalah bhgian financial...saya xkata kalu buat biz smbil blaja awak boleh hidup senang lenang, kalau kerja sambilan masa cuti duit boleh banyak...tapi cukup la utk memenuhi keperluan awak & xsusahkan sapa2..yang paling penting kena bg komitmen pada diri..kalau x biz kelaut pelajaran pun kelaut..kena betul2 disiplin...yg paling penting bila ada duit lebihan ni boleh elakkan dari hutang2..kalau dapat scholar yes u xpayah pk sgat hutang tp kalau amek ptptn mesti pk kan na byar blik..Alhamdulillah sy clean dri hutang2..plus saya biarkan ada duit lebihan n simpanan sbb sy ada satu masalah...sy manusia yg bila saya tau sy berhutang sy akan jadi susah hati n i will urge myself untuk cari duit selesaikan hutang tu...even RM1..buatkan sy xsenang tido malam...sy senang cash & xde hutang2..hati lega...



RESUME
Bisala, 1st time kita mesti akan buat salah punya...so ape kita na buat survey & survey...improvekan diri...eleh ckp mcm bgus je ye..padehal ni sume gara2 SV sy..Sejak SV sy ni muncul dlm hidup bnyak bnda betul sy belajar, na try give the best..na try improve smpai SV puas hati..walaupun I know bukan tahap superb lagi still lacking here n there..but sy da try to give the very best of me...n yes mungkin sbb pnglaman bekerja dgn cmpny besar tu...bos bukan na dengar kita ckp " xleh" "xdapat" "xtau"...yg bos na " ok da setel" "ok semua berjalan lancar" 

ini sikit tips utk resume yg sy survey & dapat yg boleh dikongsikan bersama

DON'T!




DO!


RESUME
1. Pastikan resume yang dihasilkan paling maksimum 2 muka surat jangan lebih.
2. Bentukkan resume mudah dan padat. (aku guna konsep minimalis)
2. Gunakan font tulisan yang terang, kemas seperti Arial, Century atau Verdana (please do not use fancy font) .
3. Dalam resume, letakkan objektif kerje (penting). Objektif kerja ini berbeza mengikut bidang.
4. Mana-mana isi yang tidak berkaitan atau tidak penting seperti tinggi, berat tidak perlulah dinyatakan didalam resume.
5. Update segala maklumat bermula lepas SPM sehingga sekarang. (Kerja jual dadih pon boleh disi dibawah kategori usahawan).
6. Susun dan cetak salinan sijil akademik, kokurikulum, kursus mengikut tahun.
7. Adalah sangat terbaik kalau ada recommendation letter dari majikan sebelumnya (upmkbians yang pernah join stocktake MLNG sure ade surat ni)
8. Untuk part reference, boleh guna nama ketua jabatan, penasihat akademik, supervisor FYP atau pensyarah tapi pastikan maklumkan mereka.
PERMOHONAN MELALUI LAMAN SESAWANG/ EMAIL
1. Isi setiap maklumat yang diperlukan dengan betul tanpa penyelewengan.
2. Wajib ada satu email formal dan no telefon yang tidak akan ditukar2 (walaupun anda clash breakup).
3. Permohonan melalui email hendaklah dalam bentuk formal dan mempunyai cover letter (jangan main terjah aje, sah2 trus masuk trashbox nnti)
3. Pastikan no telefon yang diberikan itu boleh dihubungi 24jam dimana sahaja anda berada. (aku pernah dipanggil untuk interview semasa site visit dalam hutan MARDI di Cameron so just be ready).
4. Sekiranya dapat miss call tu, maka segera lah buat panggilan balas. Jangan biarkan pemanggil menunggu/mencari kita (jangan kedekut kredit sangat).
5. Kita boleh call ke pihak majikan untuk memastikan permohonan melalui email diterima oleh mereka (aku buat dalam lingkungan masa tiga hari).

6. Kalau permohonan memerlukan salinan resume, cetak resume atas kertas keras >80gsm (looks professional). *Im not really sure about coloured paper
INTERVIEW
1. Selidik latar belakang syarikat (jadilah stalker kejap).
2. Periksa lokasi tempat interview disesuatu tempat (kalau boleh sehari sebelum cari lokasi tempat interview, jadi esoknya tak kelam kabut nak cari)
3. Sedia sejam sebelum interview. Mungkin nampak skema datang awal tapi kalau dalam keadaan bersedia ianya akan lebih mudah.
4. Keep calm, be yourself (seriusly jangan nak propa sangat masa interview)
5. Masa bercakap, buat eye contact (it shows that you are confident)
6. Masa masuk beri salam dan masa keluar cakap terima kasih.
7. Habis interview, hantar email terima kasih interview (This show your are eager with the position 


                                                                   contoh cover letter 


Invitation Interview



After interview

Credits : Zahrul Akmal



This one is from my senior :) kak Nur Rienalissa



Advice from my lecturer,
Sir Fairus Muhamad Darus 
susunan :
1. Brief summary
2. Education background
3. Subjects/courses
4. working experience
5. certificate & achievement
6. Co-curicular acitivties
7. Skill
8. References

Last but not least,

Al- Quran adalah rujukan buat kita

Kerja cari rezeki perlu AQ,

Belajar perlu AQ,

Jodoh perlu AQ,

Berjaya perlu AQ

Misalnya, kalaukita seseorang yg cintakan A, maka Insyaallah kita akan jumpa persis yg cintakan AQ

Rosak akarnya, jangan harap ranting,dahan, buah, dan daunnya akan baik... 
-Ustaz Zamir Aizat



Pesan ustaz Mohd Nor Mamat

"Rezeki berkat...
Lagi kita banyak keluarkan harta utk Allah, Allah akan bagi rezeki lagi banyak ikut macam2 jalan!

Rezeki x berkat...
Allah bagi banyak rezeki kat kita, lebih banyak lagi Allah tarik keluar harta kita ikut macam2 jalan!

Cari rezeki xpenting banyak tp kaedahnya biar selari dgn hukum dan redha Allah..."

Xkisah siapa pun kita, apekah pekerjaan kita.... yg penting Allah berkati rezeki kita :)
Insyaallah...

Sunday, 26 July 2015

"BUKU- BUKU" & ME


 Aku dah mula terasa bosan duduk di rumah...
hmmm..mana taknya.... dulu time blajar mmg mindset "na rehat sbb nanti masa start pengajian penat gila xde masa na malas2" skang aku tunggu hari demi hari sampai result keluar... apa khabar la gamaknya result aku...aku akan diam je la bila result keluar nanti..aku akan masuk dalam selimut..n seminggu masa result keluar, aku manusia yg tidak bernama...& aku xkenal sape2 masa tu..aku cuma kenal diri aku sndiri je...so xde sape leh panggil aku muahahaha...

now is like...
" gila xde masa na malas-malas" da terlebih-lebih masa dah...kang kalau tido je keja...mula la lemak rata satu badan...ate, dah mendatar je time tido..ye xkome...ape lagi elok2 je lemak kat badan naek sampai ke otak haaaa...pastu otak jd lembab sebati da  mcam buat kek tu..kesemua tempat lemak mngisi ruang...

aku mulala..xkeruan...sbb risau xtau na buat apa...huaaaa sebelum ni masa belajar tau na buat apa..ok lepas cuti ada banyak bnda na setel..study & assigment...skang??ternganga la membesarkan badan...

mujur la aku ada buku-buku yang boleh dibaca...seperti biasa aku si penggemar buku-buku boleh mnghadap buku berejam2...kadang2 berbuku-buku aku habis baca...plus aku baca memang laju...bagi tgk muvee n baca buku berpuluh2 aku boleh habis dalam satu hari hahahahah


masa kecil2 dulu...kalau ibu ayah bawak shopping..aku lebih senang ibu ayah tinggalkan aku kedai buku or tmpat buku..aku akan melepak kat situ n baca semuanya...bahagia sangat,,,,

buku cerita,novel,motivasi, buku agama yg kena dgn jiwa muda aku menjadi pilihan aku....
haritu after hantar thesis...aku tunggu train aku..so smentara tunggu ETS, aku lepak2 kat NU sentral pegi MPH.. so, salah satu buku yang gila kebaboom aku tertarik adalah

 


tengok cover pun da menarikkan....haaaa apetah lagi isi dalam...so aku habiskan masa baca buku ni...tipula..aku manusia...ada je masa2 aku rasa down...so selaen susjud pada Allah n AQ tenangkan hati...buku-buku la sahabat aku...kat sini la aku memotivasikan diri...aku akan jd lagi serabut bila dengar orang mengumpat - mengumpat..terasa hati begitu kotor, penuh dengan negatif & kebencian...

pensyarah ethic aku selalu pesan

"Smart people talk about ideas,
average people talk about things,
stupid people talk about other people." 

orang yang belajar ethic ialah sumone yg wisdom...
kalau boleh aku elak sangat dengar luahan hati orang laen tentang hati yang sakit or etc...dan kalau boleh aku xna pun ada penyampai yang sampaikan tentang kburukan aku...sebab pada aku, aku sedia menerima teguran berdepan terus berbanding orang yg meluah perasaan pada orang lain ni baru sampai pada aku, plus aku outspoken person, xsuka..direct cakap xsuka...xsuka, aku larikan diri terus...wlupun kadang2 sikap outspoken aku ni mungkin boleh melukaka hati org lain..yaa sbb kata2 lebih tajam dri mata pedang..so usually i choose utk larikan diri....n yes aku akan mnegelak dari jumpe bnda yg aku xsuka...sbb mindset aku, kalau orang yg tegur secara berdepan adalah seorang yg sangat jujur & ikhlas na tolong kita berubah jadi seorang yg lebih baik...dan YA! sudah tentu teguran itu datangnya dari Allah... ^^
pesanan yang xmungkin aku lupa

" sakit hati macam mana pun, mengadu pada Allah..tentu ada mana2 silap kita sampai Allah menguji sebegitu rupa atau Allah na beri sesuatu yang besar  ganjarannya maka Allah menguji terlebih dahulu dengan kesakitan"


" cerita pada awal nya sebesar jari kelingking je, na sedapkan cerita punya pasal orang tambah cili,bawang n semua2 la...ending jadi sebesar ibu jari "

terima kasih pada insan-insan yang berikan nasihat ini...

itula...kalau aku mula rasa ada kebincian n aura negatif dalam diri..tntula buku motivasi & berinspirasi jadi pilihan

berbalik pada buku....

ohmaiiii...begitu sronok hokey tgk buku2..macam na tenggelam dalam lautan buku...ya aku karam..karam...karam bersama bku2 yg bermanfaat hahahahaha

nilah antara buku2 yg menarik tertarik kau mmg da boom yg aku jumpe haritu..


this is my favorite author!!!buku dia semua seronok...aku jd gilakan buku2 dia lepas aku tgk cerita "Confession of Shopaholic" ternyata buku dia sangat seronok..n cerita tu bersmbung2...seronok gila..tp muvee dia keluar sekali tu je...ok smbungan dia smpai becky tu ada anak la...still suka shopping hahahaha

next,

eyh aku mata duitan???ahahaha no lah! money is not everything, but everything needs money hokey! cuba bayangkan aku xberduit...macam mana aku na kumpul semua buku2 ni....haaaaaa..pentingkan duit tu... kumpul duit ni kepuasan diri...

umpama,
kepuasan score tinggi  dalam exam...satu pencapaian...
 kepuasan bila kau sampaikan ilmu pada orang,orang faham,
 kepuasan bila kau present orang suka dengan presentation kau....

memandangkan aku suka pk apa yg aku nak pada masa depan...
membuat aku sangat teguh mengejar ape yg aku nak...
dapat xdapat lain crita, tp pada aku kalau aku nak, aku nak jugak...
aku akan cuba capai sedaya aku...
sampai Allah sentap hatiku, maka aku pon akan sentap n layu...
then cari buku2 inspirasi supaya sentap aku hilang ahahahaha

next,


buku yang korang sendiri akan terleka & sentap bila membacanya...buku ni actually pensyarah ethic aku penulisnya....haaaa kompem la anak murid try na baca kan..dalam class pon selalu dapat nasihat kaw2 punya best..habis class xde dah..tapi buku, rasa na bermotivasi baca la balik...see berterusan... hehehehehehe

next,



ah!buku ni!arghhhhh!!! gila xsuka! kalau da beli yg satu...kau akan craving na baca yg kedua punya...hmmmm...kenapa ni?sbb masa ni aku xcukup duit... huaaaa jadi xdapat la na beli..tangkap gmbar je la dik...sabar ye dik...t kita beli...


chicken soup????




koleksi chicken soup ni actually, ckgu tution fizik aku dulu yg perkenalkan..masa dia mnegajar dia cerita tentang buku ni...ok bila aku pegi survey sndri buku-buku ni..oh mata aku bersinar - sinar...mmg buku2 ni attempting sangat.....macam2 jenis ada ok..dia menusuk hati..aku menari nari..sbb terhibur hahahaha...


Last but not least..antara buku2 yang mmg aku punya feveret la..da baca...&
da memilikinya terlebih dahulu...







 Love
Hana Liyana khairul


Wednesday, 15 July 2015

SEMUA PUNCA DARI DIA!






Ya Allah, sebab dia la habis duitkuuuuu... mula2 xna...tapi dia pujuk pujuk suruh CUBA SATU...kita pon cuba la...tu diaaaaaaa....Semoga Allah balas kebaikannya sebab bagi rasa coklat sedap ni...6 botol terus amek...dia bagi diskaun lagi sebab amek banyak.. katanya tgah ada promosi skang...wuuuu cepat cepat cepat!!!

mana xnya....SEDAP MENCAIR di MULUT  & senang bebenor na makan...
1. Panaskan air
2. Rendam jar MCC dalam air panas tadi
3. bukak tutup
4. sumbat sudu, pastu MAKAN!



KORANNNG...SEDAP GILAAAA... mencair dalam mulut terasa nikmat xterkira...Alhamdulillah
da la comel  berwarna warni & rangup buble ricenya...I loikkkeeee...saje na share ngn korang...

btw katanya ada sediakan perkhidmatan utk

1. DOORGIFT (ex: kawen ke bday ke)
2. dropship agent kalau berminat
3. stokis

harga boleh runding katanya....

makasihhhhhhhhhh

nah saya lanje lagi gambor


Korang nampak x betapa xkedekutnya choc dia



tu yg saya kata warna warni & rangup tuuuuu haaaaa



kome leh wasep owner kalau na
wassap lah laju2 kalau tringin

wassep: 0132495879


Sunday, 12 July 2015

UiTM dihatiku (PART 1)dalam ingatan

aku yang letih "nampak benor la kan muka exam :'D "



berhabuk dah blog aku ni rupanya hahahaha :D :D

Banyak perkara yang aku belajar sepanjang aku di UiTM,
Banyak perkenalan yang tidak dijangka,
Banyak kejadian yang terjadi yang mendewasakan aku....

Alhamdulillah...

Family, lecturer's and good friend always be there to support me ^^


6 tahun aku disini...tugasan terakhir aku adalah yeah hardcover thesis...selesai la tugasan aku sebgai pelajar degree....Finally Alhamdulillah SV da bagi kelulusan....Allah je yang tahu macam mana perasaan aku bila semua tugasan da selesai...

Sebenarnya aku xminat pon bidang sains ni...
tapi masa aku f.4, aku dimasukkan dalam class sains tulen..dah la class 1st..mmg xlah aku na pindah...
.kalau ikot hati aku..aku na masuk kelas sastera...
satu lagi, fmly aku semua bidang sains, tibe2 aku na sesat masuk sastera...rasa tercabar ye grrrrr

plus abg aku yg aku sangat kagum tu, lagila buat aku xnak berganjak dri class sains...hahaha
so aku yang xde hati kat sains ni...terpaksa double pulun...HATI XDE, tapi SEMANGAT ADA!
mmg betul benda yang kita xsuka, mmg susah sikit kita na bawak..tapi aku pikir masa tu, kalau kakak n abg aku boleh buat..kenapa aku x?Allah bagi otak semua orang sama je...kita yang kena develop otak tu...tapi mmg dari aku skolah menengah sampai la aku masuk Usem 5..aku kena double up effort sbb aku cuma bersulamkan semangat...

aku akui aku boleh hafal bnda sebijik sebijik...mungkin disebabkan masa aku darjah dua..aku berjinak jinak dengan sajak, pertndingan bercerita agama,melayu, english, chorus speaking n adik beradiknya..membuatkn aku kena hafal...
tapi aku penat gila bila masuk U sbb aku kena hafal banyak sangat.. sampai aku rasa xde mood na hafal da....


tapi bila aku duduk bawah didikan n tunjuk ajar seseorang masa sem 5...semua berubah...kerana seorang SV n kepercayaan bos letakkan aku bawah R&D...


beloved & awesome SV




Masa aku sem 4, semua orang kecoh2 pasal SV...masa na buat pilihan tu...alahai..takot sangat...aku minat kat dua lecturer ni....tapi yang sorang ni aku takot xleh bawak..mmg xyah masuk lab..tp na guna software tu ngaaaaa....but lagi sorang kalau aku duduk bawah dia..aku kena masuk lab...xkesah la..janji aku tau nanti apa aku buat...well sememangnya aku sangat tertarik dengan ilmu lecturer ni...aku xtau la kenapa banyak sangat yang dia tahu...AWESOME gila & aku sangat IMPRESS.. na dijadikan cerita sbb da jatuh hati dgn Dr. ni..aku pon kejar la dia supaya dapat jd SV...gila tak takot...org yg aku sangat respect & harap dapat bagi yang terbaik..Alhamdulillah...Dr. terima weyh...seronok gilaaaaa kkkk....Sbb aku rasa xlayak na duduk bawah dia..tp dia terima..

Dr. ada grantt tp memandangkan aku na buat tajuk sendiri...jadi dr benarkan...berapa kali aku tukar tajuk...sampai dr pon penin tgk aku...aku da rasa mcm dr mesti runsing denga aku ni...plus my aunty ada propose tajuk dekat aku, tapi aku menghampakan tajuk yg dia nak tu...sbb masa tu aku pk..projek tu besar sangat...aku takot aku xmampu...

Finally, aku dapat tajuk yang aku nak..dr bagi cadangan sbgai penambah baikkan...seyesly masa tu xde sape na support aku...sedih juga...i try to kol my aunty, yeah yeah i know she's not happy sbb aku xproceed dgn tajuk yg dia na tu...aunty aku pon bz..so dia just ckp try tgk google je..which i know dia sebenarnya kecewa sbb xproceed dgn tajuk yg dia propose...aku bukan sengaja..terpaksa, aku kekangan masa klu na proceed....



sepanjang aku buat proposal mestila ada up and down kan...tapi tu la...masa tu aku doa supaya aku xhampa kan SV je...aku cuba buat yang terbaik walaupun merangkak juga dengan proposal projek aku...yg best part nya...aku ni suka pk tinggi2...berbelit belit...nasibla SV aku tu sangat debak..dia akan bg solusi yg terbaek...


aku akui dia tegas..tapi itu yang membuatkan aku memajukan diri...sebab aku malu kalu xdapat perform dengan baik..kadang2 aku terpikir...bestnya kalau dapat berfikir n jadi macam dia...duduk bawah dia membuatkan aku banyak membaca & improvekan diri...sebab aku suka tengok dia banyak ilmu...n aku pon na jadi mcm dia...

masuk sem 6, bermulalah projek aku...Allah je yg tau, macam2 masalah yang datang...ade je bnda na sangkut...tp Alhamdulillah...masalah dtg tp Allah bg solusinya...aunty aku pon da mula seronok na tolong aku...walaupun dia x tlg secara lansung..tapi sifat ingin tahu dia yg tinggi tu, buat dia tanya soalan macam2 kat aku...buat aku kena search lebih...segala reaction dia na tahu...


Aku yang mmg xsukakan sains tibe2 jadi suka...sbb Dr. buat aku faham...sikap Dr. buat aku kena banyak membaca n fahamkan apa yang aku baca...kalau aku xfaham macam mane aku naconduct experiment aku....aku search banyak jurnal...plus aku bekerja dgn satu company bawah R&D ...
plus bos bagi kepercayaan aku untuk present bhgian R&D bila ada tender..muka Dr. yang aku kagum tu je aku bayangkan...aku baca previous research n baca n baca n fahamkan...yeah sbb kita na explain facts pada orang...xleh salah...bos na dapat tender plak...cuba bygkan kalau aku buat main2..bos terlepas peluang...aku tetap dibayar gaji...so apa cerita???

Aku plak suka tgk benda2 pelik...nanti aku cari apa benda tu, aku happy sangat bila dapat share dengan Dr. n yes aku sangat happy bila dr happy bila aku share benda2 baru...buat aku teringat masa matriks aku tukarkan printer yang rosak jadi printer toaster...aku ni suka membayang benda pelik2...lepas tu aku try usaha buat bnda tu jd...menjadi printer toaster aku...n the best part aku dapat anugerah projek paling kreatif...hahahaha sukakaaaan


masuk sem 6...aku rasa mudahnya aku baca n faham...aku leh ringkaskn n xpyah na ikot ayat sbijik2 buku...Alhamdulillah..yes, mmg betul...Allah da susun cantik perjalanan hidup kita...kita je kena pilih the right path...different path lead to different pathway... the choice is urs...


hari pembentangan projek...aku gugup sangat...aku takut menghampakan orang yang aku sayang...aku sayang SV aku, family n kawan yg selama ni bg support...tapi sv aku pesan beberapa hari sebelum hari pembentangan..." takut ke xtakut, awak kena lalui jugak...so baek xpayah takut"

perasaan tu sama macam perasaan masa aku wakil sekola utk bercerita,sajak, pantun, syarahan...terbayang cikgu2 yang melatih aku...ada yang aku berjaya gembirakan dengan kejayaan aku ada juga yang aku hampakan dengan kekalahan aku....

tapi aku berlatih sungguh2 supaya aku tahu sekalipon presentation aku xmnjadi...tapi aku da all out utk bg yg terbaek...plus SV aku satu bilik dgn aku...lagila aku berkobar kobar na bg yg terbaik...orang yang aku adore, impress, sayang na menilai presentation aku...haaaaa 

Alhamdulillah habis present Dr. mesej aku...Dr. puas hati dgn presentation aku...jadi aku lega...

Actually, aku malu sbb writing aku xberapa na baek...ada merah2 Dr. conteng...ini mnunjukkan aku kena improve...Isi lengkap tapi grammar ada yg salah, xguna hana...hati aku semangat na sambung tapi kalau mcm tu la rupa writing aku..malu aku na sambung,bukan senangkan Dr. tapi menyusahkan...better aku improve dulu then bru proceed...


Finally!Finally!Finally thesis aku berjaya di hardboundkan T.T 
terharu gila k...
esok siap n boleh ambil ^^ ngaaaaaaaaaaaa btw korang buatla kat "PRINT EPXERT" jimat!
sempat plak aku promote hahahaha



buat yang sudi membaca entry ni terima kasih...
bukan kira xsuka atau x...tapi kira berapa banyak semangat kau untuk achieve something...berapa banyak usaha kau untuk pastikan kau dapat apa yang kau nak...perasaan suka boleh dipupuk...tapi semangat n usaha itu yang penting...tapi kalau dri awal dah memang cakap kat diri xna bagi usahan xbersemangat maka lupakanlah sahaja niat utk mencabar diri...takot jadi lain plak...this is my story, hati lain2..




Saturday, 19 July 2014

Disebabkan dia...tq fr everything :')

Alhamdulillah dengan segala nikmatmu....

Sem 4 sudah berakhir,mulalah aku sebagai praktikal student...jadi masa praktikal ni,aku xduduk  dirumah.. Jadi Sememangnya aku rindukan suara ibu, bebelan ibu sudah sebati masa zaman sekolah ku...
Lepas f. 5, aku melangkah kaki ke PLKN kemudian matrik,then U, sudah jarang aku dapat pulang ke rumah... but that is not the point...the point is, aku tahu kenapa aku berbeza dari aku zaman sekolah n sekarang...semakin hari aku semakin terikot ikot...

Ibu...
dulu masa kecik2,
ibu selalu bising...disebabkan dia aku menjadi diri aku yang sekarang...
bebelan ibu seperti irama yang bermain main, aku semakin rinduuu...
kena pukul n kena tarik telinga tu da lali da masa2 kecik2 dulu...
ibu da semakin tua, ibu pun da xbisin macam dulu,sebab aku da besar...
tapi aku rinduuu...

bila di bilik,
ibu sellau pesan, kutip rambut, jangan ada rambut atas lantai...langsir tu klu da bukak tingkap, xbetol, betolkan balik..pernah sekali, mase tu aku darjah 6  aku bukak tingkap, langsir tu aku betulkan macam tu je, jadi ade lipatan kecil terselak, ibu nampak..best sangat kena tibai dengan ibu, menagis la, pastu beringatsampai bila2 hihihi ..degil lagi hahaha
ibu paling pantang ade rambut atas lantai walaupun sehelai...mmg telinga ni mase kecik2 dulu da lali dengar bebelan ibu... tapi ape yang aku perasan adik beradik ibu juga begitu... kalau aku pergi rumah adik beradik ibu time cuti... diorg akan pesan " adik, no rambut atas lantai ok...sehelai pon xna" they r vry prticular about this...
b4 keluar bilik kena check baju kotor,belakang pintu..semua kena bawak turun...kalau x t dengar la ibu mara panjang2...heeee jadi bila da besar,da terbiasa dengan keadaan itu..satu hari, masa aku pulang cuti U hujung minggu..aku kelam kabut sebab balik sehari je...ibu cakap "xpe dik tinggal je baju tu t ibu kemas" .tapi aku buat jugak sendiri...sebab da terbiasa...dulu kecik2 xrase pon,tp bila da besar..rasa sebak pulak bila ibu ofer na kemaskan, baju kotor aku xkan ibu na kutip...:'( ur the best mum...

now, i can see, kakak jugak mcm tu, bila cuti hujung mnggu masa awal2 masuk U dulu selalu  peg rumah kakak...pasal dekat je ngn uitm...dia pesan "adik xna ade rambut tau atas lantai,sehelai pon xna" kalau ada, memang dia mengamuk smpai ke malam... hihihi
jadi disebabkan ibu da biasekan mcm ni, maka lama2 aku sudah biasa dengan keadaan sebegini...jadi bila kat rumah, sebelum kuar bilik,aku akan check lantai no rambut...terima kasih ibu ^^


di bilik mandi,
ibu punya bilik air mmg dia letak karpet kecil...aku memang suka mandi di bilik mandi ibu..sebab besar...hiks3...pernah sekali aku mandi mase kecik2 dulu, habis basah bilik air ibu,ibu start mara, memg ayah la yang pggil aku lalu ku kena mara dengan ayah....ibu memang pastikan bilik air dia kering,tmpat mandi je basah....bilik air aku je xpernah mengizinkan ada karpet sebab ruangan yang kecil...
bukan ibu je, adik beradik ibu kalau pegi rumah diorg..semua ada karpet...memang adik beradik ibu jenis xsuka bilik air basah...
nowadays, rumah kakak jugak ade jugak karpet kecil...ngaaaa bilikair diorg memang di deco kan dengan cantik.. ^^ rambut again, habis mandi je kena kutip kalau ade rmbut dekat lubang..sume macam..ibu ke adik beradik ibu ke,kakak pon...
cermin bilik air aku dulu kecik2 selalu kena mara ngn ibu kalau kotor ke basah ke...hahaha i just miss that moment..


di dapur
Kalau memasak, mesti kena sediakan lapik surat khabar kat meja n kabinet sebelah dapur...dulu masa kecik xfaham ape tujuannya..bila da besar aku faham...ibu xna masa masak, minyak percik kena kabinet dia..n lepas da siap memasak xteruk sgat na lap...sebab yang aku perasan, bila ibu memasak je tgah2 memasak tu, kalau kotor sikit dia lap, dia macam sensitif sangat..bila tgk adik beradik ibu yang laen pon macam tu jugak...
ibu xsuka siniki dia penuh masa tgah memasak, so habis guna je terus basuh..dia xsuka da habis masak baru basuh semua...semua kena done mase tu jugak...not only my mum,adik beradik ibu pon macam tu...tapi ape yang aku nampak...walaupun sibuk memasak,tapi dapur sentiasa nampak kemas...n cepat je ibu ke adik beradik ibu ke kakak ke kalu memasak...mmg pantas je sume..kalau dulu aku lmbat2 kakak yg sound, cepat sikit boleh jangan lembap...maka aku da biasa....

part bontot kuali paling best...hahaha ni bontot kuali ni...zaman kakak belajar dulu n aku sekolah rendah kot, selalu kena mara ngn ibu...pernah sekali ibu suruh sental balik...ibu pantang bontot kuali dia hitam... nanti ibu akan cakap " ni mesti bontot kuali berminyak pegi panaskan atas dapur" jenuh la aku ngn kakak sental balik kuali dia..sampai ade satu ketika, ibu bg aku kuali yg ade sedikit kesan hitam di bontot suruh pakai yang tu je kalau masak..sebab aku yang rosakkan...jadi aku dibiasakan sebelum panaskan kuali atas dapur lap dulu bontot dia..sebab takot ade minyak, t hitam lagi,jenuh na sental..egat senang na sental...hahaha dengan dengar amukan ibu lagi...

sinki ibu, mesti kena sentiasa kosong n bersih...b4 tdo kena check..kalau na dengar ibu bebel pnjang pnjang,lepas minum letak je la cawan dalam sinki xyah basuh...ngaaa
 sponge ibu xleh terendam dalam air sabun,dia cakap t sponge dia bau masam...hohoho...
kalau membasuh, kena bilas dengan air dulu,buang dulu semua kotoran baru sabun then bilas balik...mesti dimulakan dengan cawan...dulu kecik2 ckp bnyak kali pon xpaham..tapi sekarang da paham lepas jangkit pnyakit ibu..masa na smpan pnggan n cawan..cium dulu bau ape... dulu kecik2 selalu dengar ibu ckp mcm mni " ibu da cakap bekali kali,xpaham2 jugak...kalau sental trus dgn sabun habis la sponge ni kotor pastu bau berjngkit dgn pnggan2 lain..cawan ni basuh dulu, t cawan ni bau xsedap" aku dulu runsing sgat, knapa mesti ibu cium dulu cawan, periuk,mangkuk n pggan dia b4 simpan..tapi aku tersedar bila xsengaja aku juga buat benda yang sama...pastu kalau bau xsedap aku basih blik...ape yang aku perasan...adik beradik ibu juga mcm tu :) see menurun opah ni..hehehe

bila na buang sisa makanan, ibu akan amek beg kecik buang sume sisa makanan dalam tu and  ikat kemas2..then baru buang dalam tong sampah dapur campur dengan sampah lain...dulu aku xfaham, tapi skang aku faham walaupun ibu xcakap, ibu xna sampah dia berbau n cicak ke lipas ke datang...maka sudah kebiasaan aku...

ais ni paling best, dulu Ya Allah malasnya na isi balik, memang kena kaw2 punya ngn ibu...ibu pantang ais dia lepas guna xisi balik ^^ botol kicap n sos..kena pastikan sume lap balik lepas guna..dulu kecik2 jangan harap la..memang aku suke kalau kotor then bila tutup dia memercik..splash gitu..hahaha
time kecik bila lap meja,tau na cepat je,konon na bace buku la kan UPSR bila lap tolak ke bawah...pastu klu ibu nmpak, dgar la ibu bebel..ibu mesti suruh tadah ngn tangan...meja,kabinet n dapur mesti kena lap...pastu lepas da lap kena sapu bawah meja..tapi yg selalu buat bnda tu mase aku kecik2 kakak n ayah...aku selalu curi tulang or bak kate ibu "buat keja xbagi habis" skang da x mcm tu...apesal la kecik2 dulu degil...hihihi

bila basuh kain
ibu paling xsuka kalau baju yang dia basuh xbau wangi n xbersih...mesti kantoi ngn ibu, xrendam dulu stokin b4 basuh mesin..or mayb rendam tp xbetolkn balik jd belah luar yang terendam...baju skolah kalau nmpak xbersih..xrendam la tu b4 basuh mesin...tnegkuk baju ayah mesti xberus dulu...baju kemja pengawas ni mesti xberus tgn n kolar dia dulu....ibu mesti tau punya..sbb mmg dia perhatikn baju dia mase dia melipat...or gantung,,,,dulu aku xheran pon...tapi bila aku masuk U...orang tegor aku, "knape kau cium2 baju kau".."kau kalau basuh baju, memang berbau je bilik wangi" aku xmcm ni dulu, ni mungkin da berjangkit...pernah sekali, baju aku gantung dgn tmpat sidai yg ramai sidai..plus ade plak yg da kerin berhari2 tp xmo angkat..cmpur2..jadi xsedapla baunya kan...so berjngkitla.baju aku bau xsedap....mmg aku basuh kali kedua la...jd aku trpksa la beli holder kaen letak dalam bilik...bila basuh bju bru guna..bila bsuh gntung kat holder je la sbb aku xsuka bau bju aku bercampor jadi bau xsedap...heee..sbb kat rumah bju aku wangi je ibu jaga...

di ruang tamu
aku memang dari kecik, ibu xbagi maen kat ruang tamu..ibu pesan "adik,jangan lenjan krusi ruang tamu ibu nanti dia lunyai " walaupun masa tu aku kecik lg n tadika,aksgat faham kawasan ruang tamu tu bukan kawasan jajahan aku...mase tu aku selalu tgk, ayah rajin gilap perabot ibu hujung minggu....

di ruang tv
ni kawasan jajahan aku, tapi dulukecik2 lepas selrakkn bantal aku xreti na susun balik, harap orang laen buat..mmg telinga ni selamat ibu tarik hahaha...tapi terima kasih ibu,beringat...bila da besar...selesai tgk tv..susun balik remote tutup suis n susun balik bantal...

tugasan rumah
memandangkan ibu bekerjaya, aku n kakak la mase kecik2 kena tlg ibu setel hal rumah...tp mase aku sekolah rendah kakak lebih banyak buat kerja...drjah 4 la paling aku mengelat...drjah 5 n 6 salu kena mara sebab buat kerja xsempurna...skolah mengah kadang ok kadang malas hihihihi bila msuk matrik jadi better sikit..bila da masuk  U baru aku xdegil n malas...hehehe
dulu b4 ibu balik kul 5...aku n kakak kena sapu porch dulu..yang aku perasan..ni mmg rutin adik beradik ibu,bz macammane pon..kawasan rumah pagi2 mesti kena sapu dulu..biasenya ibu peg keja pukul 6.30...jd 6.20 tu da kena kumpul sampah, ibu kalau dia rjin, dia cabut rumput kecik2 yg tumbuh tepi2..kutip daun pokok palma yang kering..potong daun kering...pastu suruh aku kumpul n cepat2 buang dlm tong sampah luar b4 lori lalu...6.30 pg ibu na bertolak da...kalau aku lmbat2 kumpul sampah mmg ibu menjerit la sebab dia da lambat..hohoho..bila ibu peg mase tu rase heaven sgat...hahaha tapi pokok kena siram, baju kena basuh n sidai...b4 dia blik kerja kul 6..semua kerja kena selesai...pnggan da simpan...baju da angkat,da lipat n simpan...baju kakak da siap gosok n simpan...tp aku n kakak suka buat lambat..time ibu na balik kelama kabut macam org gila lari sane sini setelkn rumah..hahaha bila hujung mnggu, kalau terlewat kul 4 baru na angkat kain , t ibu cakap " kakak angkat kain, da kentot dihari da"   "adik pegila angkat kain tu, kang kentut di hari" i dont know istilah ape yang ibu gunakan, tapi aku n akak mmg faham mcm tu...hahahahaah
kalau sidai kaen, ibu ade peraturan dia, bju mcm ni belah luar, bju mcm ni belah dalam..singlet pagoda ayah n bju kerja ayah sume kena hanger kembang...baju mcm ni hanger sekeping...mmg kena ikotla...

bila kakak masuk u time aku skolah mengah, akula penyambung warisan setelkan keja rumah..tapi aku kadang2 tpu jugak..ibu tnya harini sapu porch x, aku jwab sapu..sidai baju pukul brape...awal pagi...pastu bila xkering ibu tnya " kalau awal pagi,knape baju xkering?" pastu buat muka xbersalah...padehal sida bju da kul 11, kul 12...mmg la xkering...perangai...then ibu tnya lg...siram pokok x, siram..menipu je tau....tapi ibu tau...kadang ibu bisin,dia ckp pokok2 dia nmpak kering...(ibu mcm tau2 je) t ibu xna bisin,dia siram wktu malam...then aku pon hepy sbb xpyah siram..ish3 dulu punya pangai...

bila hujung mnggu, ibula yang sebuk buat itu ini....kadang2 dia da siram pokok, dia trus cuci porch..dia kemas bilik abg, bilik aku n kakak smpi la ke bilik tetamu...aku kagum tgk ayah...ayah selalu tlg ibu...kadang2 sidai baju sambil nyanyi, ibu belum njerit lagi kat aku n akak,ayah da sidai kn siap2 kaen2..ayah dulu kecik2 garang..kalau kejot tu...xpayah bukak pintu..baru pgang tombol..da berdiri konon da bngun...cer kalu ibu kejot...xgegar pintu xbgun hahaha Astaga teruknya pangai dulu...aku n kakak selalu amek mase..kul 7.05 baru terhegeh kuar bilik..padehal tido sekjepa lepas subuh pon jadi la...kang ibu xjerit, dapat sebatan ayah plak...so kakak n aku saling mengcover...masak, ayah mmg tip top la memasak....kadang2 masakan ayah ade hiasan lagi...kadang2 aku terpk..ayah ni tgk maen dgn ubat je kat hospital tp berjiwa seni jugak...hehehe


apa yang aku nampak, bukan ibu je macam ni...na kate sebab ibu anak sulung?tp ibu anak no. 4...da memang aku nampak apa yang ibu buat sama macam kakak ibu ke adik ibu ke, apa yang diorg buat memang same...ape diorg xsuke mmg same...semua jenis particular...mula2 aku ckp kakak aku cerewet macam ibu..last2 aku pon same je...mungkin menurun dari opah ni...heheheehe

apepon..aku rindu zaman ibu mengajar aku menjadi manusia... :') terima kasih ibu...sekarang ibu da tua, xkuat macam dulu lagi...kadang2 aku balik cuti aku tgk rumah kemas tp xmacam dulu, dulu mmg nmpak ibu lap selalu..bilik tetamu pon ibu da jrg lap mcm dulu...klu x dulu setiap mnggu...tngga ibu lap..tp skang semua da xmcm dulu..ak tau ibu da xkuat..Alhamdulilah..aku da x berperangai teruk macam dulu..dulu xkesah pun tgk ibu buat..skang aku rase sebak n sensitif...

disebabkan dia, ibuku...aku menjadi biasa untuk bawak diri...pesan ibu selalu dalam ingatan...i luv u ibu...

Monday, 26 August 2013

Rahsia Surah Al-Kauthsar :)

Just to share with everyone :)

Surah ini  hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik. Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-

1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa,mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, InsyaAllah hilang dahaga.

3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal,bengkak,sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x,mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.

5)Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.

6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.

7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.

salam sayang dari hana liyana khairul :)


Sunday, 25 August 2013

Alhamdulillah rezeki Allah nak bagi :)







Alhamdulillah.. peluang cuma datang sekali.. :) dah lama betol xupdate blog..harini rasa seronok na update sebab produk ni banyak permintaan :) :) rasa happy.. act produk ni kak Yasmin Adnan (sifu) YTG group yang kenalkan..n kak min jugak la yg tarik sy untuk join bisnes ni..ape yang menarik ea jual produk ni?? 1st of cuz produk ni mmg berkesan..sebab sy sendiri pon pakai..n ramai betol permintaan,repeat oder lagi..HAPPY :D :D 2nd dapat untung runcit+ BONUS..3rd dapat MELANCONG percuma..yg best umrah pon ada :) kalau berminat boleh je contact gogo n tanya macam mana :)



MARINE ESSENCE BEAUTY BAR SOAP BAMBOO SALT


3 BAR PER PACK : RM105.00 FREE POSTAGE
seketul RM 35 (+ RM 6 POSTAGE)

- cerahkan lebam di ketiak,leher dan kelangkang
- jerawat belakang bdn
- nyahkan bau bdn
- eczema,gatal2 dan ruam
- kurap,kayap,panau
- pecah tumit kaki
- nipiskan jeragat dan parut jerawat
- seri wajah



MARINE ESSENCE SET JATUH CINTA


FREE BAG
shampoo 2x bottle
body wash 2x bottle
toothpaste 3x box

RM 189 FREE POSTAGE



MARINE ESSENCE BEAUTY
NOURISHING BODY WASH BAMBOO SALT 

250ml
1 BOTTLE : RM33.00+ RM 6 (POSTAGE)


- cerahkan lebam di ketiak,leher dan kelangkang
- jerawat belakang bdn
- nyahkan bau bdn
- eczema,gatal2 dan ruam
- kurap,kayap,panau
- pecah tumit kaki
- nipiskan jeragat dan parut jerawat
- seri wajah



SHAMPOO MARINE ESSENCE BAMBOO SALT

250ml
1 BOTTLE : RM33.00 + (RM6 POSTAGE)

Rambut jadi wangi, 
masalah kelemumur, 
masalah keguguran rambut
gatal kepala hilang, 
bau hapak kepala.

kerak kepala
Sgt2 sesuai utk wanita2 yg bertudung.






TOOTHPASTE MARINE ESSENCE BAMBOO SALT

100g : RM 19 + RM6 (POSTAGE)

masalah gusi berdarah
ngilu
nafas berbau






♥♥♥♥♥♥♥♥


♥♥♥♥♥♥♥♥



♥♥♥♥♥♥♥♥



♥♥♥♥♥♥♥♥


♥♥♥♥♥♥♥♥


♥♥♥♥♥♥♥♥



♥♥♥♥♥♥♥♥



♥♥♥♥♥♥♥♥




♥♥♥♥♥♥♥♥


♥♥♥♥♥♥♥♥




♥♥♥♥♥♥♥♥




♥♥♥♥♥♥♥♥



♥♥♥♥♥♥♥♥







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...